Monday 9 May 2011

Alexender The Great^^

Alexander Agung atau Iskandar Agung (Alexander III dari Macedonia; bahasa Greek Μέγας Αλέξανδρος, ditransliterasikan sebagai Megas Alexandros; Julai 356 SM - 10 Jun 323 SM) dianggap sebagai salah satu daripada pemerintah yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Beliau menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebelum kematiannya.
Selepas penyatuan kesemua negara kota Yunani di bawah pemerintahan ayahandanya, Philip II dari Macedonia, (suatu tugas yang Iskandar terpaksa ulangi kerana orang Yunani selatan memberontak selepas kematian Philip), Iskandar menakluk Empayar Parsi, termasuklah Anatolia, Syria, Phoenicia, Gaza, Mesir, Bactria, serta Mesopotamia, dan memperluaskan sempadan empayarnya sehingga kawasan Punjab. Alexander menyerap orang-orang asing (bukan orang Macedonia dan Yunani1) ke dalam angkatan tentera dan pentadbirannya, dan oleh itu, menyebabkan sebilangan cendekiawan memberikan penghargaan kepadanya untuk "polisi pergabungan". Beliau menggalakkan perkahwinan antara askar-askarnya dengan orang-orang asing, serta turut mengamalkan galakannya itu. Selepas dua belas tahun kempen tentera yang berterusan, Alexander meninggal dunia, mungkin disebabkan oleh demam malaria atau tifoid, atau juga virus ensefalitis. Penaklukannya mengambil kira penempatan orang Yunani serta pemerintahan kawasan asing selama berabad-abad lamanya dan tempoh itu dikenali sebagai Zaman Yunani. Alexander terus dikenang dalam sejarah dan mitos kebudayaan Yunani serta bukan Yunani. Semasa hidupnya dan khususnya, selepas kematiannya, kehandalan Alexander telah menjadi ilham sebuah tradisi kesusasteraan yang mana beliau muncul sebagai wira legenda dalam tradisi Achilles.

Gelaran yang lain :

Alexander juga dikenali:

Kehidupan awal

Alexander Agung ialah anak kepada Maharaja Philip II dari Macedonia dan Puteri Olympias dari Epirus. Menurut Plutarch (Alexander 3.1,3), Olympias dibuntingkan oleh Zeus Ammon, dan bukannya Philip yang takut akan Olympias dan kegemaran Olympias untuk tidur dengan ular. Plutarch (Alexander 2.2-3) menceritakan bahawa kedua-dua Philip dan Olympias bermimpi tentang anak yang akan dilahirkan. Olympias bermimpi tentang dentuman guruh dan kilat yang memanah rahimnya. Dalam mimpi Philip, baginda mengecap rahim isterinya dengan mohor singa. Berasa cemas oleh mimpi-mimpi itu, baginda berunding dengan peramalnya, Aristander dari Telmessus, yang menentukan bahawa isterinya hamil dan anaknya akan mempunyai sifat singa. Menurut lima orang ahli sejarah kuno (Arrian, Curtius, Diodorus, Justin, dan Plutarch), selepas lawatannya ke tempat keramat Amun di Siwa, khabar-khabar tersebar bahawa ramalannya telah mendedahkan ayahanda Iskandar sebagai Zeus, dan bukannya Philip. Menurut Plutarch (Alexander 2.1), ayahandanya adalah dari keturunan Heracles melalui Caranus, dan ibundanya dari keturunan Aeacus melalui Neoptolemus dan Achilles.
Aristotle ialah guru peribadi Alexander. Beliau memberikan latihan yang teliti kepada Iskandar dalam bidang retorik dan kesusasteraan serta merangsangkan minatnya terhadap sains, perubatan dan falsafah. Aristotle juga memberikan beliau sebuah salinan Illiad dan sebilah pisau yang beliau sentiasa sorokkan di bawah bantal pada waktu malam.

Kebangkitan Macedonia

Ketika Philip mengetuai serangan terhadap Byzantium pada 340 SM, Alexander yang berumur 16 tahun dilantik untuk memerintah Macedonia. Pada 339 SM, Philip mengambil isteri kedua, dan menyebabkan ibunda Alexander, Olympias, berasa sedih. Ini pula menyebabkan perkelahian antara Alexander dengan ayahandanya, sehingga pewarisan takhta Alexander terhadap Macedonia hampir-hampir terjejas.
Pada tahun 338 SM, Philip mencipta Liga Corinth. Alexander juga membantu ayahandanya dalam Perang Chaeronea yang berlaku pada tahun itu. Sayap pasukan askar berkuda yang diketuai oleh Iskandar memusnahkan Kumpulan Suci dari Thebes, kor elit yang sebelum itu dianggap tidak dapat dikalahkan. Philip berpuas hati dengan merampas Boeotia daripada Thebes dan meninggalkan sekumpulan garison di dalam kubu kota.
Alexander Agung bertempur dengan Maharaja Parsi, Darius III (tiada dalam gambar). Gambar itu merupakan sebahagian daripada lukisan Yunani abad ke-3 SM, Mozek Alexander, yang berasal dari Pompeii tetapi kini telah hilang.
Pada tahun 336 SM, Philip dibunuh sewaktu menyertai istiadat perkahwinan anak perempuannya, Cleopatra dari Macedonia, dengan Maharaja Alexander dari Epirus. Pembunuhnya, Pausanias yang merupakan seorang bangsawan muda yang bersungut, dikatakan bekas kekasih Philip yang berdendam dengannya kerana baginda tidak mengendahkan satu rungutan yang dikemukakan olehnya. Pada suatu masa, pembunuhan Philip dianggap telah dirancang dengan pengetahuan dan penglibatan Alexander atau Olympias. Lagi satu kemungkinan adalah Darius III yang merupakan Maharaja Parsi yang baru sahaja menaiki takhta. Plutarch menyebut sepucuk surat berang dari Alexander kepada Darius yang menyalahkan Darius dan wazir agungnya, Bagoas, terhadap pembunuhan ayahandanya. Surat itu menyatakan bahawa Darius ialah orang yang bercakap besar dengan bandar-bandar Yunani tentang bagaimana baginda dapat membunuh Philip.
Selepas kematian Philip, angkatan tentera mengisytiharkan Alexander yang berumur 20 tahun sebagai maharaja baru untuk Macedonia. Bandar-bandar Yunani seperti Athens dan Thebes, yang telah dipaksa berikrar untuk taat setia kepada Philip, melihat maharaja baru itu sebagai peluang untuk menuntut balik kemerdekaan penuh mereka. Alexander bertindak dengan pantas dan Thebes, yang paling aktif menentanginya, menyerah sewaktu baginda muncul di depan pintu kotanya. Orang-orang Yunani yang berhimpun di Segenting Corinth, dengan kekecualian Sparta yang tunggal, memilihnya sebagai komander untuk menentangi Parsi. Darjah kebesaran itu dahulunya telah dikurniakan kepada ayahandanya.
Pada tahun yang berikut, iaitu 335 SM, Alexander berasa lapang untuk bertempur dengan Thrace dan Illyria supaya dapat memperoleh Danube sebagai sempadan utara untuk kerajaan Macedonia. Sewaktu baginda berkempen dengan berjaya di utara, orang Thebes dan Athens memberontak sekali lagi. Alexander bertindak balas dengan segera, dan sewaktu bandar-bandar yang lain teragak-agak tentang apa yang hendak dibuat selanjutnya, Thebes memutuskan untuk menentang dengan segala keupayaan mereka pada kali ini. Penentangan itu sia-sia; pada akhirnya, bandar itu ditewas dengan banyak petumpahan darah. Orang-orang Thebes menghadapi penderitaan yang amat teruk sewaktu bandar mereka dibakar dan wilayah mereka dibahagikan kepada bandar-bandar Boeotia. Tambahan pula, kesemua orang-orang bandar itu dijual sebagai hamba, kecuali bagi pendeta-pendeta, ketua-ketua parti pro-Macedonia dan keturunan-keturunan Pindar yang merupakan rumah tunggal yang tidak dikacau. Pengakhiran Thebes menakutkan Athens untuk menyerah, dan Athens sanggup menerima desakan Alexander untuk membuang semua ketua parti anti-Macedonia, terutamanya Demosthenes.

Kejatuhan Empayar Parsi


Angkatan tentera Alexander melintasi Hellespont dengan kira-kira 35,000 orang askar yang terdiri khusus daripada orang Macedonia dan orang Yunani, dan termasuk juga sebilangan orang Thrace, Paionia dan Illyria. Selepas kemenangan awal menentang angkatan Parsi dalam Perang Granicus, Alexander menerima penyerahan kalah oleh ibu kota daerah Parsi serta perbendaharaan Sardis dan menuju ke arah pantai Ionia. Di Halicarnassus, Alexander berjaya membuat pengepungan yang pertama dari bayang yang berikutnya, dan akhirnya memaksa musuhnya, Memnon dari Rhodes yang merupakan kapten askar upahan dan Orontobates, pelindung Parsi dari Caria, untuk berundur melalui laut. Alexander meninggalkan Caria dalam tangan Ada (perempuan) yang merupakan pemerintah Caria sebelum digulingkan oleh adiknya, Pixodarus. Dari Halicarnassus, Alexander menuju ke Lycia yang bergunung-ganang serta dataran Pamphylia, dan mengawal semua bandar di persisiran pantai. Oleh sebab tiada pelabuhan yang utama dari Pamphylia, Alexander menuju ke pedalaman.

Lukisan untuk arca kecil askar Yunani yang diperoleh dari tapak perkuburan abad 4-3 SM di yang terletak di utara Tian Shan. Tian Shan merupakan kemaraan Alexander yang paling jauh di Timur (Muzium Xinjiang, Ürümqi, China).
Di Termessus, Alexander menundukkan Pisidia, tetapi tidak menggempur bandar itu. Di Gordium, ibu kota Phrygia kuno, Alexander "menguraikan" Simpulan Gordius (Gordian Knot), satu pencapaian dalam menunggu bakal "raja Asia". Menurut cerita yang paling jelas, Alexander mengisytiharkan bahawa cara untuk membuka simpul itu tidak mustahak, dan menetak simpul itu dengan pedangnya. Satu versi lain mendakwa bahawa baginda tidak menggunakan pedang, tetapi tahu akan cara untuk membukanya.
Angkatan tentera Alexander merentasi Genting Cilicia, bertemu dan menewaskan angkatan tentera Parsi yang utama di bawah arahan Darius III dalam Perang Issus pada tahun 333 SM. Darius melarikan diri dan meninggalkan isteri, anak-anak dan ibundanya, bersama-sama dengan kebanyakan harta peribadi. Sisygambis, ibunda Darius, tidak pernah memaafkan Darius kerana meninggalkannya. Oleh kerana itu, beliau tidak mengaku Darius sebagai anaknya dan sebaliknya, mengambil Alexander sebagai anak angkat. Menuju pantai Mediterranean, baginda menakluk Tyre dan Gaza selepas melakukan pengepungan-pengepungan yang termasyhur (sila lihat Pengepungan Tyre). Alexander melalui berhampiran (mungkin tidak mengunjungi) Al Quds (Jerusalem).
Dari 332 SM sehingga 331 SM, Alexander dialu-alukan sebagai pembebas dalam Mesir dan baginda diisytiharkan sebagai anak Zeus oleh pendeta-pendeta Amun, dewa Mesir, di tempat keramat dewa itu yang terletak di Siwa di gurun Libya. Iskandar mengasaskan Alexandria di Mesir yang kemudian menjadi ibu kota yang makmur untuk Dinasti Ptolemy selepas kemangkatannya. Selepas meninggalkan Mesir, Alexander menuju ke arah timur ke Assyria (kini Iraq utara) dan menewaskan Darius dan angkatan tentera Parsi yang ketiga di Perang Gaugamela. Darius terpaksa melarikan diri selepas pemandu ratanya dibunuh, dan Iskandar mengejarnya hingga keArbela. Sewaktu Darius lari melintasi gunung-ganang ke Ecbatana (Hamadan moden), Iskandar menuju ke Babylon.
Dari Babylon, Alexander pergi ke Susa yang merupakan salah satu ibu kota Achaemenid, dan menawan perbendaharaannya. Dengan menghantar sebahagian besar angkatan tenteranya ke Persepolis, ibu kota Parsi, melalui Jalan Diraja, Iskandar menawan Genting Parsi (di Gunung-ganang Zagros moden), dan kemudiannya memecut ke Persepolis sebelum perbendaharaannya dirampas. Alexander membenarkan angkatan-angkatan Liganya untuk merampas Persepolis. Kebakaran terjadi di bahagian timur istana Xerxes dan merebak ke seluruh bandar. Tidak diketahui adakah kebakaran itu merupakan kemalangan mabuk ataupun tindakan sengaja yang diambil sebagai membalas dendam bagi kebakaran Akropolis Athen sewaktu Perang Parsi Kedua. Buku Arda Wiraz yang merupakan karya Zoroaster yang disusun pada abad ke-3 atau ke-4, juga menggambarkan arkib-arkib yang mengandungi "semua Avesta dan Zand yang ditulis di atas kulit-kulit lembu, dan dengan dakwat emas" telah dimusnahkan; bagaimanapun, kenyataan ini sering diterima oleh para cendekiawan dengan sedikit skeptisisme, kerana secara amnya, Avesta telah dianggap selama berabad-abad bahawa ia diturunkan secara lisan oleh puak Magi.


Mozek Pompei yang menggambarkan Alexander bertempur dengan Darius di Perang Issus.
Alexander kemudian bertolak untuk mengejar Darius yang diculik dan kemudiannya dibunuh oleh pengikut-pengikut Bessus, iaitu pelindung dan saudara Bactrianya. Bessus kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai waris Darius dengan nama "Artaxerxes V", dan berundur ke Asia Tengah untuk melancarkan kempen gerila terhadap Alexander. Dengan kematian Darius, Alexander mengisytiharkan penamatan perang balas dendam, dan melepaskan sekutu-sekutunya daripada perkhidmatan dalam kempen Liga. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin berkhidmat semula sebagai askar upahan dalam angkatan tentera maharajanya akan dibenarkan).
Kempen Iskandar selama tiga tahun menentang Bessus buat permulaanya dan kemudiannya Spitamenes, pelindung Sogdiana, membawanya ke Media, Parthia, Aria, Drangiana, Arachosia, Bactria, dan Scythia. (Pada akhirnya, kedua-dua tokoh itu dikhianati oleh orang-orang sendiri, Bessus pada tahun 329 SM dan Spitamenes pada tahun yang berikutnya.) Dalam proses itu, Iskandar menewaskan dan mengasaskan semula Herat dan Maracanda. Tambahan pula, Iskandar juga mengasaskan satu siri bandar-bandar yang baru, kesemuanya digelarkan "Alexandria", termasuknya Kandahar moden di Afghanistan, dan Alexandria Eschate (diterjemahkan sebagai "Alexandria yang Paling Jauh") di Tajikistan moden.


Permusuhan terhadap Iskandar

Ketika itu, Iskandar mengamalkan beberapa unsur pakaian dan adat resam Parsi di dalam istananya, terutamanya adat proskinesis, iaitu ciuman tangan yang orang Parsi memberikan kepada orang atasan sebagai simbol rasa hormat, tetapi amalan itu tidak disetujui oleh orang Yunani. Orang-orang Yunani menganggap bahawa perbuatan itu hanya dikhaskan untuk dewa-dewa, dan percaya bahawa Iskandar bermaksud hendak menjadikan dirinya sebagai dewa. Ini menyebabkan baginda bukan sahaja kehilangan sebahagian besar sokongan daripada teman-teman senegerinya, tetapi juga menyebabkan komplot terhadap nyawanya. Philotas, seorang teman pasukan askar berkudanya, dihukum mati atas tuduhan penderhakaan kerana tidak sengaja telah gagal menarik perhatian Iskandar terhadap komplot itu. Parmenion, ayahanda Philotas yang merupakan ketua angkatan tentera di Ecbatana, dibunuh atas perintah Iskandar kerana baginda bimbang bahawa Parmenion mungkin akan membalas dendam terhadap kematian anaknya.
Banyak perbicaraan penderhakaan menyusul, dan ramai orang Macedonia dihukum mati. Kemudian, dalam perkelahian mabuk di Maracanda, Iskandar juga membunuh Clitus si Hitam, seorang yang pernah menyelamatkan nyawa baginda di Granicus. Dalam kempen Asia Tengah, komplot kedua terhadap nyawa Iskandar oleh salah seorang suruhan peribadinya didedahkan. Callisthenes dari Olynthus, seorang ahli sejarah rasmi yang tidak lagi disayangi oleh Iskandar kerana mengetuai penentangan untuk memperkenalkan proskinesis telah dibabit. Kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa tuduhan-tuduhan terhadapnya adalah dibuat-buat. Bagaimanapun, terdapat bukti yang kukuh bahawa Callisthenes, yang merupakan guru untuk orang-orang suruhan, pasti memujuk mereka untuk membunuh maharaja mereka.

Serangan India

 

Pada tahun 326 SM, selepas kematian Spitamenes dan perkahwinannya dengan Roxana ( bahasa Bactria: Roshanak) untuk mengeratkan persahabatan dengan pelindung-pelindung barunya dari Asia Tengah, Alexander akhirnya berasa lapang untuk mengalihkan perhatiannya ke atasIndia. Maharaja Ambhi, pemerintah Taxila, menyerahkan bandarnya kepada Iskandar tanpa pertempuran. Ramai penduduk lari ke bandar berkubu Aornos, dan Iskandar menawan bandar itu dengan kekerasan.

Duit syiling yang dicetak di Babylon untuk memperingati kempen Alexander di India, pada sekitar 323 SM.
Kepala syiling: Alexander berdiri dengan bersenjata penuh sewaktu dimahkotai oleh Nike, serta memegang Zeus, dewa petir.
Ekor syiling: Penunggang Yunani, kemungkinan Alexander, menyerang gajah perang India, mungkinnya semasa perang Porus.
Alexander bertempur dalam perang agung menentang Porus, seorang pemerintah untuk kawasan Punjab dalam Perang Hydaspes pada tahun itu. Selepas mencapai kejayaan, Alexander membuat perikatan dengan Porus dan melantik pemerintahnya sebagai pelindung untuk kerajaannya. Alexander kemudian menamakan salah satu daripada dua buah bandar yang baru diasaskannya sebagai "Bucephala", untuk menghormati kuda yang membawanya ke India. Alexander meneruskan penaklukan ke atas semua punca-punca sungai yang mengalir ke Sungai Indus.
Di timur kemaharajaan Porus yang berdekatan dengan Sungai Ganges, terletaknya sebuah empayar Magadha yang sangat kukuh yang diperintah oleh Dynasti Nanda. Oleh kerana takut terhadap prospek untuk menghadap lagi seangkatan tentera India yang amat kuat, serta berasa amat letih selepas kempen bertahun-tahun, angkatan tentera Alexander memberontak dan enggan bergerak lagi ke timur. Selepas perjumpaannya dengan Coenus, pegawainya, Alexander diyakinkan untuk kembali. Baginda dipaksa membelok ke arah selatan dan dari sana, baginda menakluk kesemua kawasan di Indus sehingga Lautan India. Alexander menghantar Jeneral Craterus dengan sebahagian besar angkatan tenteranya ke Carmania (Iran selatan moden), dan memerintah seangkatan kapal di bawah Laksamana Nearchus untuk menerokai pesisir Teluk Parsi. Baginda mengetuai tentera-tentera yang tinggal untuk kembali ke Parsi melalui Gedrosia (kini, Makran di Pakistan selatan) di arah selatan.


Selepas India


Alexander dan Porus oleh Charles Le Brun, 1673.
Selepas mendapat tahu bahawa ramai daripada pelindung dan gabenor tenteranya telah berkelakuan tidak senonoh semasa ketiadaannya, Alexander menjalankan hukuman mati terhadap sebilangan mereka sebagai contoh untuk yang lain semasa dalam perjalannya ke Susa. Sebagai rasa terima kasih, baginda membayar hutang bagi pihak askar-askarnya, dan mengumumkan bahawa askar-askar yang cukup umur dan yang kehilangan upaya akan dihantar balik ke Macedonia di bawah Craterus. Askar-askarnya salah faham akan maksudnya dan memberontak di bandar Opis, dan menolak perintah untuk dihantar balik. Mereka juga mengkritik dengan perasaan pahit terhadap pengamalan adat-adat resam dan pakaian Parsi, serta penyerapan masuk pegawai-pegawai dan askar-askar Parsi ke dalam unit-unit Macedonia. Iskandar menjalankan hukuman mati ke atas ketua kumpulan pemberontak itu, dan memaafkan orang-orang yang berpangkat rendah.
Dalam percubaannya untuk mencipta keharmonian yang kekal antara orang taklukan Macedonia dan Parsi, Alexander mengadakan kahwin beramai-ramai antara pegawai-pegawai kanannya dengan wanita-wanita bangsawan Parsi dan bangsawan yang lain di Opis, tetapi tidak banyak daripada perkahwinan itu dapat berlanjutan melebihi setahun. Percubaannya untuk menggabungkan kebudayaan Parsi dengan kebudayaan Yunani untuk askar-askar Yunani termasuklah melatih sepasukan rejimen Parsi dalam cara orang Macedonia. Tidak pasti sama ada Alexander pernah menggunakan gelaran kerabat Parsi, shahanshah ("maharaja agung" atau "maharaja antara maharaja-maharaja"), tetapi kebanyakan ahli sejarah percaya bahawa baginda berbuat demikian.
Alexander kemudian mengumumkan tujuannya untuk melancarkan kempen terhadap puak-puak Arab. Selepas mereka tewas, Alexander dianggap akan membelok ke arah barat untuk menyerang Carthage dan Itali. Selepas perjalanannya ke Ecbatana untuk mendapatkan semula sebahagian besar daripada harta karun Parsinya, Hephaestion, teman Alexander yang paling rapat (dan kemungkinan merupakan kekasihnya) mati kerana penyakit. Alexander menjadi tidak keruan dan kembali ke Babylon, di mana baginda jatuh sakit dan kemudian mangkat.












Bab 2 : Peningkatan Tamadun

1) Apakah Peningkatan Tamadun?

1. Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya
    alam sekitar.
2. Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding
    sebelumnya.
3. Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan
    ekonomi.

b)Tamadun Yunani



1. Letakan – di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan  
    Aegen.
2. Bermula dengan negara kota (polis) – hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.
3. Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.
4. Dalam kota pula terdapat pasar, kubu kuil dan istana.
5. Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut
    Mediterranean.
6. Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang – undang tersendiri serta mempunyai
    beberapa tuhan.
7. Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota.

c) Tamadun Rom



1. Letakan – di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang didiami oleh masyarakat
   latin.
2. Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus.
3. Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran
    pusat di Rom.
4. Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum,
   rumah mandi awam dan istana.
5. Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan, makhamah, pintu
    gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan.
6. Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

d)Tamadun India



1. Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik sempena kelahiran kitab – kitab Veda.
2. Agama Hindu lahir pada zaman Vedik ini.
3. Kemudian tamadun ini berpindah ke Lembah Ganges.
4. Pada masa ini, pemerintah ialah golongan raja.
5. Dua bentuk kerajaan terbentuk – janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar).
6. Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan – kerajaan kecil, maka muncullah
    empayar pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India).
7. Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka.

e) Tamadun China



1. Letakan – di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.
2. Empayar pertama ialah Dinasti Chin.
3. Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.
4. Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.

ii) Pemerintahan Dan Pentadbiran

a) Tamadun Yunani 
1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama.
    Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang
    konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligrarki.
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah
    aristokrasi.
5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati – maka muncul sistem ditaktor
   dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.
7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki
    menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali
    setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli
    Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.
8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang  
    handal dan patriotik.

b) Tamadun Rom 
 
1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin
   tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian dibentuk sistem Republik – dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada yang
    lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran
    dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor
    (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat Rom).
    Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar – berlaku selepas perluasan kuasa ke
    Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah
    pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat.
5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia,
    Afrika dan Eropah.

c) Tamadun India 
 
1. Dua bentuk kerajaan – kerajaan kecil ( kepuakan/tiada raja ) dan kerajaan besar ( diketuai raja
    seperti kerajaan Kashi, kosala ).
2. Raja bekuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati. Brahim
    menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi.
3. Pemerintahan empayar – Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra.
4. Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga,
    membentuk kedamaian menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi
    pentadbiran.

d) Tamadun China 
 
1. Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.
2. Konsep raja menjadi maharaja.
3. Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat
    oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh
    Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

iii) Perundangan

a) Tamadun Yunani 
1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.
2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah.
3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang – undang.

b) Tamadun Rom
1. Hukum kanun 12 ialah undang- undang ynag pertama.
2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
3. Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang – undang Rom yang dikenali sebagai Undang – undang 
   Justinian.

c) Tamadun India 
 
1. Dharma Sastra ialah kitab undang – undang Hindu tertua.
2. Raja memelihara kesucian undang – undang.
3. Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
4. Brahmin dominan dalam hal undang – undang kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan.
5. Ketika Dinasti Maurya – undang – undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir
    pada tiang Asoka yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat.

d) Tamadun China  
1. Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu
    yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkahlaku manusai.
3. Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.

vi) Perluasan Kuasa

a) Tamadun Yunani 


1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut
    Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur
    yang lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

b) Tamadun Rom 

 
1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain,
   Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.

c) Tamadun India 



1. Chandragupta Maurya mempunyai tentera yang besar untuk menguasai India Utara, Punjab dan
    sempadan India Barat.
2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
3. Asoka lebih lembut dan menekankan agama Buddha.
4. Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.

d) Tamadun China 

 

1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliaumembina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze,
    Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan
    keamanan China diwujudkan.

v) Peningkatan Ekonomi

a) Tamadun Yunani 
1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung – ganang
    tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar
   dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
2. Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka
   mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.
3. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.
4. Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani
    berpindah ke Alexandria pada zaman Gracco – Rom.

c) Tamadun India 
 
1. Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga – barangannya seperti senjata,
    emas, gading gajah.
2. Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara – pelabuhan terlibat :
    Tamralipti, Cambay,.
3. Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar – seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang
    Logam.
4. Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja – persatuan ini dikawal
    oleh raja.
5. Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta.
6. Perusahaan utama – sutera (di Bengal), kain kapas, emas.
7. Cukai hasil perdagangan buah – buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan
    raja.
8. Zaman Gupta – memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China.

d) Tamadun China
1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat
    batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.
2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur
    Tengah dan Barat.
3. Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan
    perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan,
    kereta kuda dan kereta lembu.

vi) Pendidikan

a) Tamadun Yunani 
1. Di Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti
   aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2. Di Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota
    (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).
3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti,
    Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.
4. Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles.

b) Tamadun Rom 
 
1. Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2. Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu – contohnya membina infrastuktur dan
    kemudahan awam.
3. Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan.

c) Tamadun India 
 
1. Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh
    kaum lelaki.
2. Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit.
3. Keadah yang digunakan ialah menghafal kitab Veda.
4. Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
5. Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
6. Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.
7. Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual,
    mentera dan lagu – lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.
8. Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat
    jawatan kerajaan.

d) Tamadun China
1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.
6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor
    falsafah).
7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana
    / di hadapan Maharaja).
8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu peperiksaan – tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).

vii) Falsafah

a) Tamadun Yunani 
1. Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato.
2. Isu utama – nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.
3. Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah „ History of Persian War?.
4. Thucydides seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah „ History of the Peloponnesia War?.
5. Falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan sikap ingin tahu.
6. Plato dalam buku republik menyatakan masyarakat dan negara yang baik di perintah oleh ilmuan
    dan ahli falsafah.
7. Aristotle (guru Alexander the Great) – membincangkan cara berfikir yang teratur.

b) Tamadun Rom  
1. Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani).
2. Falsafah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada
    keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

c) Tamadun India 
 
1. Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India.
2. falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda, Upanishad.
3. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka, Buddhisme.

d) Tamadun China
1. Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama – Confucianisme,
    Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.
2. Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.
3. Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman „?hanya undang – undang akan memberi nilai baik??.

viii) Sains dan Teknologi

 a) Tamadun Yunani 

1. Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
2. Pythagoras – memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir    
    Purba dan Babylon.
3. Hippocrates – Bapa Perubatan.
4. Archimedes – ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan gravity.
5. Ptolemy – ahli astronomi Yunani.
6. Sistem angka Yunani ialah herodianic dan ionic.

b) Tamadun Rom  
1. Boethius – mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik,
    geometri, astronomi.
2. Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) – memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China.

c) Tamadun India 
 
1. Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda.
2. Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti.
3. Ilmu perubatan – berkaitan dengan fisiologi (yoga).

d) Tamadun China
1. China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara.
2. Ilmu perubatan – berkaitan konsep Yin Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).

ix) Seni Bina

a) Tamadun Yunani 
1. Aeropolis oleh Pericles – atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan.

b) Tamadun Rom
1. Aqueduct – bekalan air.
2. Colloseum – pahlawan bertarung dan teater.

c) Tamadun India 
 
1. Stupa Besar di Sanchi – tujuan keagamaan.
2. Great Bath – binaanya baik dan lengkap.
3. Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora – bercirikan agama Buddha/Hindu.
4. Menara pelbagai bentuk – kon, kubah dan pagoda.

d) Tamadun China
1. Tembok Besar China – kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
2. Bandar purba tembok batu – Changan, anyang, Peking.
3. Mereka turut menggunakan tanah liat, batu – bata, pintu gerbang, parit besar, menara.
4. Kota Larangan – istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman,
    keraian) dan taman.
5. Kuil dan Pagoda – temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.

x) Bahasa Dan Kesusasteraan

a) Tamadun Yunani 
1. Hesiod – penyair dan penulis puisi Theology dan Works and Days.
2. Homer – menghasilkan Lliad dan Odyssey.
3. Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani ( ditambah huruf vokal ), kemudian ko Rom dan Asia
    Tenggara (huruf rumi).

b) Tamadun Rom
1. Penulis dan penyajak patriotisme – Cicero dan Virgil

c) Tamadun India 
 
1. Masyarakat Dravidia – bahasa Telegu, Malayalam.
2. Masyarakat Indon – Arya – bahasa Sanskrit yang melahirkan bahsa Hindi, Urdu, Punjabi.
3. Sastera India terbahagi 3 iaitu vedik, epik dan sajak.
4. Epik Mahabharata dan Ramayana – mengenai tentera baik dan tentera jahat.

d) Tamadun China
1. Wujud dialek – Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.
2. Ssu – ma Chien mencipta karya sastera prosa „?Shih Chi??
3. Tokoh puisi – Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).
4. Ketika Dinasti Han – terpelajar perlu mampu bersajak.

xixi) Sistem Sosial

a) Tamadun Yunani 
1. Di Athens terbahagi 3 kumpulan – warganegara (ada hak politik), bukan warganegara dan hamba
   (tiada hak politik).
2. Di Sparta 3 kelas – warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah /
    majoriti).

b) Tamadun Rom
1. Terbahagi tiga – warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba.

c) Tamadun India 
 
1. Sistem 4 kasta utama – Brahmin, Ksyatria, Vaisya, Sudra.
2. Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza tidak dibenarkan.

d) Tamadun China
1. Terbahagi 3 kelas utama – atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida
    – sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan
   sokongan.
2. Confiucius membahagikan 4kelas – teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang),
    terbawah(pedagang).
3. Setiap individu boleh bertukar kelas.

xii) Sumbangan Tamadun Kepada Dunia Hari Ini

a) Tamadun Yunani 
1. Demokrasi – rakyat terlibat secara langsung.
2. Kesan di Malaysia – demokrasi berparlimen.
3. Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden.
4. Karya Iliad masih dirujuk.
5. Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai.

b) Tamadun Rom
1. Republik- sistem 2 konsul.
2. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan – mempunyai unsure demokrasi memilih
    president.
3. Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan.
4. Bahasa Latin digunakan agama Kristian.
5. Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini.

c) Tamadun India 
 
1. Agama Buddha dan Hindu hingga kini.
2. Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan.
3. Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha.
4. Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk.

d) Tamadun China
1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.
2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan.
3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.
4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuia.

xiii) Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia

a) Agama Hindu
1. Perkataan Hindu mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus).
2. Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian
    jelas pada zaman Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu ).
3. Percaya tuhan 3fungsi – Brahman (mencipta), Vishnu ( memelihara) dan Siva (membinasa).
4. Enam aliran agama ini ialah Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan
    Saura.
5. Hindu didominasi golongan Brahmin.
6. Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi
    saingan Hindu.
7. Hukum Karma – berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati,
    kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan baik/buruk ketika hidup).
8. Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak ), sesiapa mencapai Moksya akan  
    bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia.
9. Syarat mencapai Moksya perlu berbuat bsik semasa hidup.

b) Agama Buddha
1. Diasaskan oleh Siddharta Gautama (dikenali Buddha).
2. Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama.
3. Sistem kasta yng ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok
    bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada
    kesengsaraan.
4. Asas ajarannya ialah empat kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepehitan hidup adalah lumra,
   kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan
   mengatasi nafsu, cara menamatkan kesengsaraan dengan “Jalan Lapan Lapis Mulia”).
5. Empat kebenaran dapat dicapai melalui lapan jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat
   amalan suci seperti bersedekah.
6. Kegemilangan agama ini ketika zaman Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan
    berkembang ke Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.
7. Agama ini menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.

c) Agama Kristian
1. Diasaskan oleh Jesus Crist yang berasal dari Jerusalem.
2. 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal ).
3. Dua kitab suci (Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.
4. Pada mulanya agama ini mendapat tentagan orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum
    kedatangan Kristian orang Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama).
5. Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja
    berat kepada mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.
6. Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama.
7. Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak
    meruntuhkan Kristian malah terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.

d) Agama Islam
1. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril di Gua Hira.
2. Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak
   kuat bermula di sini.
3. Dua teras agama ini ialah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah
    (undang – undang yang terkandung dalam Al-Quran dan as – sunnah).
4. Orang Islam wajib yakin Rukun Iman dan Rukun Islam.

e)  Confucianisme

1. Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu.
2. Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan – mengembara menyebar idea
    kepada orang China.
3. Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China.
4. Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti
   perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao).

f) Taoisme
1. Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu.
2. Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea.
3. Bukunya Tao Te Ching – mengandungi falsafah Taoisme.
4. Ajarannya seperti konsep Tao (jalan) – setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak
   boleh bertindak terhadap apa- apa yang berlaku pada alam (wu – wei ), jika bertindak manusia akan
   merosakkan dunia.

p/s :
Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.